Selasa, 11 Maret 2014

Polis Rampas 600 Bungkusan Air Daun Ketum


KANGAR – Polis menahan seorang lelaki dan merampas 600 bungkusan air daun ketum bernilai kira-kira RM1,800 dalam Ops Tapis di Kampung Kepala Batas Pauh, Sanglang dekat sini sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Ismail Che Isa berkata, operasi di premis kediaman lelaki terbabit pada pukul 10.40 pagi itu dibuat tinjauan maklumat orang awam.

Kesemua bungkusan air daun ketum yang dipercayai telah dicampur dengan bahan-bahan lain itu ditemui oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kangar dalam sebuah kotak plastik di kawasan belakang premis itu, katanya.

Bercakap pada pemberita di sini hari ini, beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 31 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dipercayai menjalankan kegiatan itu hampir sebulan lalu.

Ismail berkata, air daun ketum itu dipercayai diproses dengan campuran bahan tertentu di kawasan lain sebelum dibawa ke kawasan belakang premis kediaman lelaki itu untuk dipasarkan dengan harga RM3 setiap bungkusan. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar